Powered By Blogger

banner


Click here for Myspace Layouts

Tuesday, April 26, 2011

inovasi dalam dunia masa kini

berkaitan dunia pendidikan sentiasa menjadi topik perbualan masyarakat tidak kira bila dan dimana sahaja. Pelbagai isu berkaitan dunia pendidikan dari yang negatif sehinggalah yang positif diperkatakan, baik di warung kopi mahupun dalam media massa dan elektronik. Tidak terlewat kiranya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh Malaysia. Khususnya guru-guru saya di Sitiawan dan Teluk Intan dahulu.Perkembangan teknologi maklumat merupakan satu rahmat kepada dunia pendidikan. Perubahan dan reformasi terhadap sistem pendidikan dan juga anjakan pemikiran warga pendidik ke arah membudayakan IT dikalangan pelajar merupakan satu pemangkin kearah memajukan anak bangsa.Dunia masakini tidak dapat dipisahkan lagi dengan kemudahan teknologi maklumat.

Penggunaan internet dan bahan bantu mengajar berasaskan IT adalah contoh reformasi terhadap sistem pendidikan negara kita.Namun persoalaannya sejauh manakah implementasi tersebut telah dilaksanakan oleh para pendidik? Warga pendidik khususnya dari kalangan pendidik veteran yang lahir sebelum berlakunya revolusi internet dan teknologi maklumat ini kebanyakkan masih kurang celik terhadap penggunaan alat bantuan mengajar yang berasaskan komputer dan perisian. Kekurangan kemudahan dan infrastruktur bukan lagi alasan kepada kepada kekurangan ini, tetapi ia lebih kepada kurangnya motivasi dan keinginan seseorang itu untuk meneroka ilmu baru.

Tahniah diucapkan kepada warga pendidik veteran kita yang kini mula mengorak langkah untuk memperkasakan diri mereka dengan ilmu IT. Tidak dapat tidak ianya mampu untuk menjana kemajuan dalam prestasi pengajaran mereka seterusnya menceriakan lagi proses pembelajaran para pelajar mereka. Pelbagai inisiatif diambil oleh institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus-kursus perguruan untuk melengkapkan bakal guru dengan ilmu IT.

Salah satunya ialah membimbing dan mendedahkan mereka dengan sistem pengajaran berasaskan e-learning. Pembinaan laman-laman web yang berasaskan e-learning menggunakan Learning Management System seperti Dokeos dan Moodle merupakan salah satu langkah bijak mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.Tahniah kepada Cikgu Kamal Azrul diatas inisiatif beliau membina laman MyUPSR. Laman tuisyen online ini menyediakan bahan-bahan pembelajaran untuk calon-calon UPSR. Tidak dinafikan terdapat juga usaha-usaha pihak tertentu yang menubuhkan laman-laman e-learning untuk para pelajar. Tetapi kebanyakkan mereka berorientasikan keuntungan dan perniagaan.Langkah yang diambil oleh CIkgu Kamal Azrul adalah salah satu contoh motivasi diri untuk membudayakan IT dikalangan warga pendidik dan pelajar. Secara tidak langsung beliau telah berjaya menarik rakan-rakan pendidik untuk turut sama membangunkan sistem tersebut.

No comments:

Post a Comment

cannon blast