Powered By Blogger

banner


Click here for Myspace Layouts

Tuesday, April 26, 2011

15 tips pelajar cermelang

Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan. Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah ciri -ciri pelajar cemerlang? Berikut adalah 15 tip atau petua untuk menjadi pelajar cemerlang:

1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.

2. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.

3. Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.

4. Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan/praktikkan.

5. Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu atau pun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.

6. Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif.

7. Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.

8. Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.

9. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.

10. Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.

11. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.

12. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.

13. Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.

14. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.

15. Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.

amalan pelajar cermelang

1. Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'

2. Jangan bersikap pesimistik
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.

3. Kesedaran memikul tanggungjawab
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

4. Tumpuan sepenuh hati
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.

5. Mulakan dari awal
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi 'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.

6. Sentiasa bersedia
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'

7. Lengkapkan peralatan
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tangan selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'?

8. Tepati waktu belajar
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

9. Dapatkan bantuan guru
Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

10. Hormati guru
Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

11. Bersoal jawab dengan guru
Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.

12. Beri pandangan membina
Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

13. Berbncang dengan rakan
Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

14. Siapkan tugasan yang diberi
Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

15. Tubuhkan kumpulan studi
Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yang akhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dan gigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang.

16. Sering masuk perpustakaan
Pelajar yang cemerlang menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam. Perpustakaan adalah gedung ilmu. Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda mentelaah pelajaran.

17. Baca akhbar
Pelajar yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara khususnya ini merujuk kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan bukan ruangan gossip atau artis.

18. Menonton rangcangan yang sesuai
Pelajar yang cemerlang menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi. Antara lain adalah rencana pengetahuan (seperti 'Discovery') dan berita semasa.

19. Lakukan peperiksaan kendiri
Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar. Melakukan peperiksaan kendiri samalah seperti masuk ke klinik. Anda akan diberi tahu tentang 'penyakit' anda (kelemahan-kelemahan anda). Selepas itu, pandai-pandailah cari ubatnya.

20. Sediakan jadual waktu
Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

21. Sertai ceramah motivasi
Pelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

22. Sertai seminar peperiksaan
Pelajar yang cemerlang mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan. Sertainya seminar-seminar yang dikendalikan oleh orang yang pakar dalam bidang masing-masing. Selain daripada pengalaman, anda juga mungkin menerima pelbagai tips dan petua berguna.

23. Beli buku rujukan
Pelajar yang cemerlang membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

24. Masuk kelas tuisyen
Pelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.

25. Lawatan ke pameran buku
Pelajar yang cemerlang mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan. Kalaupun anda tidak membeli, sekurang-kurangnya jiwa anda akan hampir pada buku dan ilmu. Jika anda selalu menziarah sumber ilmu, ilmu itu pula akan sering menziarahi anda. Kalau anda masuk ke kedai minyak wangi, keharumannya akan terlekat juga. Kalau anda masuk ke kandang najis... (fikirlah sendiri)

26. Sertai kokurikulum sekolah
Pelajar yang cemerlang menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang lancar. Otak yang berkarat akan melahirkan pemikiran yang lembab.

27. Sanggup manghadapi cabaran
Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah. Rayuan kekasih atau buah hati juga kadangkala merupakan dugaan yang maha hebat. Pandai-pandailah membawa diri.

28. Jaga keselamatan diri
Pelajar yang cemerlang menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.

29. Jaga kesihatan fizikal
Pelajar yang cemerlang menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Makan makanan yang berzat. Kurangkan makanan ringan atau 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

30. Makanan seimbang
Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

31. Malu bertanya sesat jalan
Pelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

32. Sembahyang
Pelajar yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

33. Doa
Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

34. Tawakkal
Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

inovasi dalam dunia masa kini

berkaitan dunia pendidikan sentiasa menjadi topik perbualan masyarakat tidak kira bila dan dimana sahaja. Pelbagai isu berkaitan dunia pendidikan dari yang negatif sehinggalah yang positif diperkatakan, baik di warung kopi mahupun dalam media massa dan elektronik. Tidak terlewat kiranya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh Malaysia. Khususnya guru-guru saya di Sitiawan dan Teluk Intan dahulu.Perkembangan teknologi maklumat merupakan satu rahmat kepada dunia pendidikan. Perubahan dan reformasi terhadap sistem pendidikan dan juga anjakan pemikiran warga pendidik ke arah membudayakan IT dikalangan pelajar merupakan satu pemangkin kearah memajukan anak bangsa.Dunia masakini tidak dapat dipisahkan lagi dengan kemudahan teknologi maklumat.

Penggunaan internet dan bahan bantu mengajar berasaskan IT adalah contoh reformasi terhadap sistem pendidikan negara kita.Namun persoalaannya sejauh manakah implementasi tersebut telah dilaksanakan oleh para pendidik? Warga pendidik khususnya dari kalangan pendidik veteran yang lahir sebelum berlakunya revolusi internet dan teknologi maklumat ini kebanyakkan masih kurang celik terhadap penggunaan alat bantuan mengajar yang berasaskan komputer dan perisian. Kekurangan kemudahan dan infrastruktur bukan lagi alasan kepada kepada kekurangan ini, tetapi ia lebih kepada kurangnya motivasi dan keinginan seseorang itu untuk meneroka ilmu baru.

Tahniah diucapkan kepada warga pendidik veteran kita yang kini mula mengorak langkah untuk memperkasakan diri mereka dengan ilmu IT. Tidak dapat tidak ianya mampu untuk menjana kemajuan dalam prestasi pengajaran mereka seterusnya menceriakan lagi proses pembelajaran para pelajar mereka. Pelbagai inisiatif diambil oleh institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus-kursus perguruan untuk melengkapkan bakal guru dengan ilmu IT.

Salah satunya ialah membimbing dan mendedahkan mereka dengan sistem pengajaran berasaskan e-learning. Pembinaan laman-laman web yang berasaskan e-learning menggunakan Learning Management System seperti Dokeos dan Moodle merupakan salah satu langkah bijak mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.Tahniah kepada Cikgu Kamal Azrul diatas inisiatif beliau membina laman MyUPSR. Laman tuisyen online ini menyediakan bahan-bahan pembelajaran untuk calon-calon UPSR. Tidak dinafikan terdapat juga usaha-usaha pihak tertentu yang menubuhkan laman-laman e-learning untuk para pelajar. Tetapi kebanyakkan mereka berorientasikan keuntungan dan perniagaan.Langkah yang diambil oleh CIkgu Kamal Azrul adalah salah satu contoh motivasi diri untuk membudayakan IT dikalangan warga pendidik dan pelajar. Secara tidak langsung beliau telah berjaya menarik rakan-rakan pendidik untuk turut sama membangunkan sistem tersebut.

tips yang seterusnya

tips seterusnya

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SAJEHTERA,


PADA PEMERHATIAN SAYA, PARA PELAJAR SELALUNYA MENGAMBIL MUDAH CARA MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF. MAKLUMLAH...ADA PARA PELAJAR YANG ANGGAP SOALAN OBJEKTIF INI...MUDAH!....YA LAH CUMA PILIH DAN HITAMKAN....HEHE....TAK YAH BACA SOALAN PUN BOLEH JAWAB.

SOALAN OBJEKTIF BIASANYA DIBAHAGI KEPADA DUA JENIS IAITU:-

1. SOALAN ANEKA PILIHAN

CONTOH:- 1. SIAPA NAMA AWAK?

A)ABU
B)ALI
C)AH KAU
D)ARJUN

2. SOALAN ANEKA PELENGKAP

CONTOH :- 1. BERIKUT ADALAH FAKTOR - FAKTOR KEJAYAAN CEMERLANG
SESEORANG PELAJAR, KECUALI.

1. KERAJINAN BELAJAR
11. MEMPUNYAI JADUAL BELAJAR
111. MENIRU SEMASA PEPERIKSAAN
1V. MENUMPUKAN PERHATIAN SEMASA GURU MENGAJAR

A) 1 DAN 11.
B) 11 DAN 1V.
C) 111 SAHAJA.
D) 1,11 DAN 1V.

SAUDARA DAN SAUDARI SEKELIAN,

SELALUNYA PARA PELAJAR MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF DENGAN TERUS MENCARI JAWAPAN PALING TEPAT.CARA INI TIDAKLAH SALAH TETAPI KADANGKALA KITA AKAN KELIRU SERTA DALA KES - KES TERTENTU MENGAMBIL MASA YANG LAMA SEDANGKAN PERUNTUKAN MASA BAGI SETIAP SATU SOALAN OBJEKTIF AGAK TERHAD.

BERIKUT INI BEBERAPA TIPS MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF:-

1. PAKAILAH PRINSIP MENCARI JAWAPAN YANG ANDA YAKIN PALING SALAH DALAM PILIHAN JAWAPAN DAN TERUS MEMANGKAHNYA SEHINGGALAH TINGGAL SATU JAWAPAN YANG PALING TEPAT.CARA INI SAYA FIKIR LEBIH BERKESAN DALAM MENGELAKKAN KEKELIRUAN DAN MENJIMATKAN MASA ...CONTOHNYA:-

1.YANG MANAKAH ANTARA BERIKUT INI, FAKTOR - FAKTOR KEJAYAAN
PRESTASI AKADEMIK SESEORANG PELAJAR?

1 MALAS BELAJAR
11 RAJIN BELAJAR
111 MEMPUNYAI BUKU LATIHAN YANG CANTIK
1V MEMPUNYAI SEKOLAH YANG CANTIK

A) 1 DAN 11.
B) 1, 11 DAN 111.
C) 11 SAHAJA
D) 1, 11 DAN 1V.

BAGI KES SOALAN SEBAGAI MANA DI ATAS, SETELAH KITA MEMBACA SOALAN TERSEBUT KITA DAPATI BAHAWA JAWAPAN 1 (MALAS BELAJAR) ... ADALAH JAWAPAN YANG KITA YAKINI PALING SALAH OLEH ITU,..LANGKAH SETERUSNYA IALAH MEMANGKAH DIPILIHAN JAWAPAN A,B,C DAN D YANG MEMPUNYAI JAWAPAN 1 ( MALAS BELAJAR )....
DALAM PILIHAN JAWAPAN A, B, C DAN D, KITA DAPATI BAHAWA HANYA JAWAPAN PILIHAN C (11 SAHAJA ) YANG TIDAK MEMPUNYAI JAWAPAN 1(MALAS BELAJAR), MAKA DENGAN ITU ANDA TERUSLAH SAHAJA MEMILIH JAWAPAN TERSEBUT SEBAGI JAWAPAN YANG PALING TEPAT SEKALIPUN TANPA MENELITI JAWAPAN 11, 111 DAN 1V. SELAMAT MENCUBA.

2. JAWAP SOALAN SENANG DAHULU DAN KEMUDIANKAN SOALAN YANG SUSAH
BAGI MENJIMATKAN MASA.

3. KADANGKALA TERDAPAT SOALAN-SOALAN YANG SANGAT MENGELIRUKAN IAITU MEMPUNYAI JAWAPAN YANG HAMPIR SAMA ATAU SEMUANYA DIRASAKAN BETUL....HATI - HATI DAN GUNLAH KAEDAH SEBAGIMANA DI ATAS TADI.

4. PASTIKAN ANDA MENGGUNAKAN PENSIL KAYU YANG DI SARANKAN (BIASANYA 2B) DALAM MENGHITAMKAN BULATAN JAWAPAN DI KERTAS JAWAPAN.

5. BERHATI-HATI KETIKA MENGHITAMKAN ATAU MEMADAM UNTUK MEMBUAT PEMBETULAN PADA KERTAS JAWAPAN ANDA.

6. PASTIKAN MAKLUMAT PERIBADI YANG TERDAPAT DIDALAM KERTAS JAWAPAN ANDA BETUL.

7. PASTIKAN ANDA TIDAK TERLALU LAMA DALAM MENJAWAB SATU - SATU SOALAN AGAR ANDA TIDAK KEHABISAN MASA.

tips UPSR

1. Pastikan kertas soalan peperiksaan mempunyai 50 soalan semuanya.
Jika anda mendapati soalan kurang, sila minta buku soalan baru daripada pengawas
yang bertugas.

2. Patuh arahan dan dengar arahan dengan teliti daripada pengawas peperiksaan.

3. Gunakan pensil 2B sahaja.

4. Baca soalan dengan teliti sebelum memilih jawapan yang paling tepat.

5. Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D. Pilih jawapan yang
paling tepat.

6. Anda dikehendaki mengisi jawapan di dalam ruangan yang disediakan dalam kertas jawapan.

7. Tentukan bahawa tiap-tiap satu tanda itu HITAM dan MEMENUHI keseluruhan
ruang jawapan.

8. Padamkan hingga habis mana-mana tanda jawapan yang anda hendak ubah.

9. Jawab soalan yang mudah dahulu kemudian diikuti dengan soalan yang susah.

10. Semak semula jawapan dan pastikan semua soalan terjawab sebelum kertas jawapan
diserahkan kepada pengawas.

11. Jangan lipat atau mengoyak kertas jawapan.

12. Sila beritahu Ketua Pengawas sekiranya maklumat peribadi anda tidak sama dengan
maklumat-maklumat yang tercatat dalan borang pendaftaran calon.

masalah ibu bapa

  Tidak dapat menilai pencapaian akademik anak anda;
    Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anak anda;
    Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak;
    Anak hanya membawa balik kad laporan 2 kali setahun;
    Kurang pasti akan persediaan peperiksaan anak anda;
    Anak anda menghadapi tekanan/ takut peperiksaan justeru hilang minat untuk belajar;
    Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak masih gagal memperolehi keputusan diharapkan; juga
    Kekurangan interaksi ibubapa dengan anak-anak

masalah murid-murid

Salam Ibu-Bapa Bestari,

Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah "Pembelajaran Output", kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan "pembelajaran input" = membaca, belajar, menghafal dan mendengar.  Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.


Untuk menyerlah, anak anda memerlukan "Pembelajaran Output". Ketahuilah bagaimana kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami. Kami telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran Output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.


Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting, tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan, anak-anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A.


Score A Program dicipta bagi menyelesaikan beberapa masalah yang di hadapai ibu-bapa masa kini dan pelajar itu sendiri :-
Masalah anak-anak / pelajar !

    Merasa beban dan bosan untuk belajar cara konvensional yang hanya menggunakan buku sebagai medium menuntut ilmu;
    Tiada motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang;
    Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan;
    Selalu menghabiskan masa di depan komputer dengan chatting, bermain game dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah; juga
    Tidak mendapat perhatian ibu bapa yang sibuk bekerja.

cara-cara untuk berjaya dalam bahasa melayu

Ambil buku dan baca dan buat latihan. Itu saja yang cikgu anda kata. Kalau tak faham tanya. Lepas balik rumah, terus pegang buku dan tidur. Oleh itu, hari ini anda kena baca bab 3 muka surat 23 topik 4 dan buat latihan topik 4. Kalau tak boleh buat baru tanya cikgu atau rujuk jawapan.

Sudah banyak kali saya berpesan supaya ambil buku dan baca. Kalau tak baca, bagaimana nak jawab? kalau tak pernah buat latihan, macam mana nak tahu solan macam mana yang akan ditanya? Kalau buat sikit latihan, bagaimana nak mahir? Bacalah perlahan-lahan dan selalu. Biasanya saya akan baca apabila ada “mood”, kalau baca apabila tak ada “mood”, memang tak guna. Tetapi, jangan asyik tak ada “mood”, cipta “mood” sendiri. Anda mesti tahu apa yang anda suka. Contohnya apabila tengok televisyen ada iklan, masuk bilik dan baca walaupun 5 minit tetap dinamakan baca.

Kalau subjek matematik, tak ada masalah dengar lagu dan tengok televisyen. Tetapi, kalau masa buat latihan esei pun dengar lagu, kemungkinan jawapan anda adalah lirik lagu.

Peperiksaan itu tidak penting. Tetapi menjadi penting apabila peperiksaan itu menjadi sebab untuk masuk universiti. Sebab nak masuk universiti adalah untuk belajar mengenai sesuatu bidang yang kita suka dan ilmu itu kita akan guna masa bekerja. Sesiapa yang dapat keputusan cemerlang peperiksaan, bolehlah masuk universiti dan belajar apa yang dia suka untuk guna masa bekerja.

Kalau anda lihat jadual kelas, anda akan lihat banyak masa Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Oleh itu, gunakan masa yang banyak itu untuk mahir subjek bahasa. Di rumah tak perlu ulangkaji subjek itu kerana sepatutnya dah mahir di sekolah.

Tuisyen 2 jam seminggu  untuk satu subjek dengan harga RM20? Lebih baik upah orang untuk tengok anda baca buku, kemudian guna duit itu pergi makan di luar sebab dah habis belajar. Cikgu anda mengajar satu masa 40 minit. Contohnya Sejarah ada 3 masa dan itu bermakna anda belajar 2 jam seminggu. Manakala subjek Bahasa Melayu anda belajar selama 4 jam seminggu. Tetapi subjek Bahasa Melayu anda jawab peperiksaan hanya 4 jam 45 minit. Cikgu tuisyen adalah cikgu di yang mengajar di sekolah. Saja dia mengajar untuk tambah duit poket. Benda yang dia ajar memang tak lari daripada apa yang cikgu ajar. Mungkin cara dia ajar berlainan sedikit. Cikgu sebagus mana pun kalau anda balik tengok televisyen tanpa buka dan baca sedikit pun apa yang dia ajar, memang tak guna! Anda hendaklah baca! Buat latihan!

Saya cadangkan anda tengok soalan SPM tahun-tahun lepas dan cuba buat. Jangan nak berlagak anda buat banyak latihan dan baca banyak buku kalau soalan SPM tahun lepas tak boleh buat. Ada yang kata, buat apa buat latihan tahun lepas sebab mesti sudah tak tanya soalan yang sama. Anda perlu tahu, tujuan menjawabnya adalah untuk semak sama ada anda boleh buat atau tak, kalau masih tak boleh buat, macam mana nak jawab soalan yang sebenar. Kalau SPM boleh letak buku atas meja pun, belum tentu anda boleh jawab jika tak tahu cara menjawab. Kalau nak tahu tanya cikgu atau sesiapa saja cara menjawab.

Kalau tak minat tak payah baca banyak-banyak, nanti anda apabila bekerja nanti mesti tak akan minat bekerja yang menggunakan subjek itu.Walaupun begitu, anda perlu sapat A subjek bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik. Subjek-subjek sains seperti Fizik, Kimia, Biologi juga perlu dapat A kalau nak kerja hebat-hebat. Kalau nak jadi akauntan pun gaji besar juga, bagi dapat A subjek Prinsip akaun. Kalau nak gaji tinggi-tinggi, belajar kena pandai subjek sains (Fizik, Kimia, Biologi). Habis sangat dapat C pun jadi. Yang penting jangan biar saja buku tanpa anda baca. Ingatlah, lepas SPM banyak lagi benda-benda buang masa anda boleh buat. Sekarang ni cuba ambil satu buku subjek apa-apa dan lihat dan baca dan cuba jawab dan jawab. Mana ada rahsia lain selain baca, minum air jampi satu tong pun belum tentu boleh dapat A. Pernahkah anda jumpa orang yang kata dia tak baca buku pun boleh dapat A. Paling tidak dia kata baca sikit dan sikit dia tu apabila kumpul-kumpul hari-hari memang jadi bukit.

cara-cara untuk berjaya dalam bahasa inggeris

Assalamualaikum & Selamat sejahtera

    Kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar dan graduan tidak habis-habis diperkatakan di media-media massa mahupun media cetak hingga ke hari ini. Ibu bapa pening, guru-guru bahasa Inggeris pening, pengetua-pengetua pening, Menteri Pelajaran pening, Menteri Pengajian Tinggi pening, majikan pening dengan tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang masih lemah dikalangan pelajar-pelajar dan graduan-graduan terutamanya yang berbangsa Melayu.

    Dato' Rafeah Salim, Bekas Naib Canselor Universiti Malaya dalam satu temubual oleh International Herald Tribune dipetik sebagai berkata, "The cause of the underemployment I'll give you one reason for it: English. The only industry that's really using Bahasa is the government service." ("Punca pengangguran saya berikan satu sebab iaitu Bahasa Inggeris. Industri yang menggunakan Bahasa Melayu hanyalah perkhidmatan kerajaan.")

    Alangkah ruginya setelah bertahun-tahun menghabiskan wang ringgit, masa dan tenaga menuntut ilmu di menara gading, tidak mampu memperoleh pekerjaan yang baik selepas tamat pengajian hanya kerana masalah bahasa. Apa sebenarnya yang berlaku? Susah sangatkah belajar Bahasa Inggeris? Siapa yang seharusnya dipersalahkan? Adakah guru-guru bahasa Inggeris? Kementerian Pelajaran Malaysia? Atau pelajar itu sendiri??

Kawan-kawan,

    Hari ini jika anda merasakan yang diri anda masih lemah berbahasa Inggeris, tidak mengapa. Jangan rasa malu atau rendah diri. Saya amat memahami anda kerana saya pernah berada dalam situasi anda suatu ketika dahulu. Saya tidak dilahirkan sebagai seorang yang genius.

    Saya pernah gagal dalam peperiksaan bahasa Inggeris selama dua kali berturut-turut dan mendapat tempat yang terakhir di dalam kelas! Saya juga tidak belajar di sekolah aliran Inggeris, bukan juga berdarah kacukan Melayu-Inggeris, mahupun berjiran dengan Sir Alex Ferguson! Pendek kata saya kurang pendedahan dengan bahasa Inggeris. Biarpun begitu saya masih boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Saya juga pernah bekerja di syarikat GLC gergasi tanah air yang mana saya dikehendaki berkomunikasi dalam bahasa Inggeris setiap hari dengan pelanggan!

jadi berusahalah bersungguh-sungguh  supaya berjaya mencapai cita-cita

cannon blast